Aug 4, 2013

Lailatul Qadar – Tarikhnya Terbongkar?



[Gambar]

Hah! Pertamanya, anda ingin membaca post ini kerana apa ya? Kerana mahukan jalan pintas untuk mendapat malam 1000 bulan kan? Kan? Hehe. Maaf. Jika ya, anda akan rasa kecewa sepintas lalu. Takkanlah tarikh lailatul qadar itu boleh senang-senang terbongkar? Harharhar...

Eh, jangan balik periuk dan kuali tu! Dengar apa yang saya ingin perkatakan dulu. Huhu... *Tarik nafas*

Ulama' dari dulu sudah banyak membincangkan tentang perkara ini. Banyak hadis dari nabi dan banyak juga pandangan dari para sahabat serta ulama' tentang bila turunnya malam yang mulia ini. Rasanya tidak perlu untuk saya hamparkan semuanya di sini.

Tapi, apabila berada di luar negara ini, membuka sedikit minda saya yang kecil ini. Di Malaysia mungkin tidak terjadi masalah sebegini. Namun, di luar sana, terdapat banyak tempat yang tarikh bermula dan berakhirnya Ramadhan tidak sama. Nampak tak permainannya? Tahniah jika nampak.

Ya. Bagaimana halnya jika malam ganjil di tempat kita adalah malam yang genap di tempat yang lain? Adakah Lailatul Qadar itu berlaku secara asing-asing? Maka pantaskah kita untuk masih malas dan rimas untuk pulun melaksanakan ibadah untuk 10 malam yang terakhir itu? Kita boleh cakap Allah boleh sahaja buat begitu. Namun, siapakah kita untuk menganggapnya begitu? Ulama' telah pun berbincang tentang hal ini, dan solusi yang mereka berikan ialah mengerjakan sahaja kesepuluh-sepuluh malam terakhir itu. Mudah kan?

Kalau difikirkan semula, bukankah sudah banyak malam yang kita lalui begitu sahaja, umpama angin yang keluar menjadi kentut sendawa. Jadi, apalah sangat 10 malam dengan ibadah yang luar biasa berbanding 344 malam dengan ibadah biasa-biasa sahaja. Kita mahukan iman yang jitu. Bukan iman yang gitu-gitu. Maka, bukankah ini peluang yang terbaik untuk merealisasikan impian itu?

Kita sering dengar hadis yang memungkinkan lailatul qadar pada malam-malam ganjil, kita ada dengar hadis yang memungkinkan lailatul qadar pada tujuh malam terakhir. Malah ada juga hadis yang mengatakan lailatul qadar itu jatuhnya pada malam ke dua puluh tujuh. Tapi, kenapa kita tak fokuskan pada hadis yang ini;

"Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" 
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Eh, baginda Nabi kot! Kalau Nabi kita yang suci dari dosa pun menghidupkan kesepuluh-sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, kenapa kita yang dosa keliling pinggang ni berkira-kira dalam ingin menghidupkan 10 malam ini? Kata mahu ikut sunnahnya. Bukankah ini antara sunnahnya? (Erk. Tiba-tiba rasa macam ada batu besar hempap atas kepala.)

Ya, mungkin masa kita tak cukup (ye ke?), anak kita ramai, kerja kita bertimbun, menyebabkan kita rasa tak mampu mencontohi amalan nabi kita. Tapi sekurang-kurangnya tanamkanlah azam untuk bangun sekurang-kurangnya seketika pada awal pagi di malam-malam tersebut, untuk merebut peluang yang datang hanya sepuluh kali je dalam masa tiga ratus lima puluh empat kali. Kita cuba ubah mindset kita, bukan hanya ingin kejar malam-malam yang ganjil sahaja, tapi ingin mengaut semua malam yang ada. Dalam hal mengejar kebaikan sebegini, kita harus tanamkan sifat tamak. Muahahaha...

Petikan di bawah dipetik daripada link ini yang bertajuk "Lailatul Qadar, Tepatnya Malam 21 atau 27?";

............................................
Jadi, Bagaimana Sebaiknya?

Tentu, bagi yang ingin bersungguh-sungguh mencari lailatul qadar tidak akan membatasi dirinya pada malam 21 atau 27 saja. Sebab, betapapun kuat dalil keduanya, ia bukan satu kepastian yang menjamin bahwa lailatul qadar pasti terjadi pada malam 21 atau 27. Mereka yang ingin lebih dekat kepada Allah, lebih mengikuti sunnah Rasulullah, serta ingin mendapati lailatul qadar hendaklah bersungguh-sungguh pada malam ganjil 10 hari terakhir. 

Rasulullah SAW bersabda, 



إِنِّى أُرِيتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ ، وَإِنِّى نُسِّيتُهَا ، وَإِنَّهَا فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ فِى وِتْرٍ



Sungguh aku diperlihatkan lailatul qadar, kemudian aku dilupakan –atau lupa- maka carilah ia di sepuluh malam terakhir, pada malam-malam yang ganjil. (Muttafaq alaih) 


Bagaimana praktik yang dicontohkan Rasulullah? Ternyata beliau bukan hanya "serius" di malam ganjil. Namun di seluruh sepuluh hari terakhir, dengan menunaikan i'tikaf. 

Maka Yusuf Qardhawi pun menyarankan, "Malam-malam ganjil yang dimaksud dalam hadits di atas adalah malam ke-21, 23, 25, 27 dan 29. Bila masuknya Ramadhan berbeda-beda dari berbagai negara, sebagaimana yang kita saksikan sekarang, maka malam-malam ganjil di sebagian wilayah adalah malam genap di wilayah lain. Sehingga untuk hati-hati, carilah lailatul qadar ini di seluruh malam sepuluh terakhir Ramadhan." 

Wallaahu a'lam bish shawab. [Muchlisin. Dari berbagai sumber, utamanya Fiqih Sunnah dan Fiqih Shiam]

............................................

Pesta ibadah ini belum tamat.
Mari kita ambil jalan selamat.
Laju-laju jangan lambat.
Semua sepuluh malam kita rembat!


Pesanan ini adalah untuk mengingatkan manusia bermula daripada yang bernama 'Saya'.

3 comments:

  1. Beribadat kepada allah afdal dengan rasa cinta kepada allah semata-mata. Sebagai hamba yg patuh dengan perintahnya. Bukan semata-mata tamak dengan ganjaran lailatu qadr. Bukankah ianya akan ditanya akhirat kelak. Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah ganjaran disisi allah lebih bernilai dari lebih baik dari seribu bulan jika ia diterima dengan hati yg betul ikhlas. Kerana allah adalah sebaik-baik pemberi. Wallahualam bis showab.

      Delete
    2. Betul tu. Kita beribadah bukan semata-mata nak lailatul qadr. Kita mahukan redhaNya. Kita mahu syurgaNya. Dan peluang yang Allah beri ni, patut kita gunakan untuk merancakkan lagi amal yang selama ini mungkin agak lembab dan malap. Dan insyaAllah, kita sama-sama cuba contohi bagaimana Rasulullah pulun di 10 malam terakhir ini. Seterusnya cuba kekalkan momentum dan istiqamah apabila habisnya Ramadhan.

      Moga Allah beri kita ketetapan hati supaya istiqamah dalam beramal.

      Delete