IBKG
Rumah Tentang IBKG

Jul 1, 2012

Rasai Inertia Itu



Anda pernah tengok kesan inertia?

Inilah inertia. [Gambar]
Menakjubkan bukan? Ish. C'mon la... Excited la sikit!

Macam tu la kesan inertia. Sebuah objek yang statik akan kekal statik bila tak ada daya yang menggerakkannya. Manakala apabila objek tu bergerak, ia akan kekal bergerak selagi tak ada daya yang menahannya dari terus bergerak. Contoh mudah ialah kita ada sebiji bola. Bola itu tak akan bergerak selagi kita tak mengenakan daya padanya. Apabila bola itu sudah bergerak, ia akan kekal bergerak, tak akan berhenti selagi tak ada daya luar yang dikenakan atasnya. Of course angin dan lantai kasar adalah antara daya yang membolehkan bola itu berhenti.

Inertia pada manusia
Yang menariknya inertia ini berlaku juga pada manusia. Tak percaya? Selalu tak kita tengok orang yang malas gila nak bekerja? Selagi tak ada orang yang menyuruhnya bekerja, memang liat bebenor dia nak bekerja. Bila suruh tu pun bila paksa baru dia nak buat. Bila paksa pun tak dapat jamin dia akan buat ke tak. Bila dah buat pula, efektif atau tak kerja dia pun menjadi tanda tanya. Bila dah habis buat kerja, dia akan berhenti bekerja. Orang yang macam ni mempunyai masalah momentum dalam diri mereka. Mereka tidak dapat menghadirkan inertia dalam diri mereka. Malah orang lain pula yang perlu memberikan daya kepada mereka supaya kesan inertia tu kena pada diri mereka. Momentum mereka hanya apabila daya luar itu datang menjengah. Mereka tidak ada apa yang kita panggil inner drive. Inner drive inilah yang dapat merealisasikan inertia dalam diri kita.

Pasti kita pernah lihat mereka yang sebati dengan inner drive ini bukan? Mereka tak akan berhenti bekerja dan tak akan berhenti. Halanglah dia dengan panahan petir atau semburan api, selagi semangatnya ada, dia akan teruskan perjalanannya. Merekalah yang mahu melakukan kerja, merekalah yang selalu volunteer, merekalah yang tetap tahan dengan cemuhan orang lain walaupun dihina. Contoh terbaik yang kita boleh lihat untuk orang yang mempunyai inner drive yang tinggi ni ialah Rasulullah sendiri. Tak caya cuba belek sirah jap.

Hadirkan Inertia Itu
Objek yang tidak hidup itu memerlukan daya dari luar untuk menampakkan kesan inertia. Jadi, kalau kita hanya mengharapkan daya dari luar, apa bezanya kita dengan objek yang tidak hidup itu? Efek inertia dalam diri kita ni hanya boleh dilahirkan oleh diri kita sahaja. Jadi, kita bayangkan dalam minda kita yang kita adalah satu objek. Kemudian gambarkan ada sebatang tangan yang menolak diri kita itu supaya bergerak.



Tolaklah diri kita dengan inner drive itu.
Bayangkan inner drive kita mengikut cara manapun yang kita suka.



Lepas dah tolak tu, bolehlah bayangkan diri kita jadi apa. Jadi super saiya ke, The Flash ke, naik kereta ferrari ke, yang penting apa yang kita bayangkan itu membantu kita dalam membuatkan diri kita sentiasa bergerak ke depan. Kita tak akan berhenti bergerak selagi tak ada daya yang dikenakan ke atas kita. Realitinya, apabila kita terhenti, kita selalu menuding jari menunjuk-nunjuk siapa yang memberhentikan kita. Tanpa kita sedari, diri kitalah yang menjadi penghalang untuk kita terus maju. Tangan yang sama itulah yang menghalang kita daripada terus bergerak ke hadapan. Suka sekali saya menggunakan ayat yang indah di bawah ini. Membawa kesimpulan bahawa "it all depends on you".

“Sesungguhnya Allah tak akan ubah nasib suatu kaum kecuali
kaum itu sendiri yang mengubah apa yang
ada pada diri mereka” 
Ar-Ra'd : 11

Ayuh! Berikan daya pada diri kita. Rasai inertia itu. Jangan pernah berhenti selagi kita masih bernafas. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu kita punyai peluang.

2 comments:

  1. bermanfaat,menarik isinya dan pandai pula relatekan konsep physic dalam kehidupan..bagi saya, boleh juga inner drive disamakan sebagai semangat dalam diri. teruskan berkarya untuk mencapai keredhaan Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Moga usaha kecil ni diredhai Allah.
      Ya betul tu. Itulah inner drive. Marilah sentiasa jentik diri kita ke depan untuk elakkan kefuturan.

      Delete