IBKG
Rumah Tentang IBKG

Jul 7, 2012

Kenapa? Ok La Tu.



Hey. Ok la tu. [Gambar]

Sangat menakutkan bila orang tengok amalan-amalan kita seharian, diorang cakap "Ok la tu. Dah banyak dah amal kau buat. Takkan tak cukup lagi." dan kita pulak termakan dengan 'nasihat' diorang, dan terus rasa "Betul jugak kan." Isyh... Patut hentam je kepala kat dinding sampai dinding pecah.

Mungkin diorang tak berniat pun nak kasi kita berpuas hati dengan amalan kita, tapi respon yang kita patut bagi ialah menidakkan statement diorang dan nyatakan yang kalau kita rasa amal kita dah cukup, kita akan rasa kita dah boleh masuk syurga dan akan goyang perut je lepas tu.

Hakikatnya kita sebagai manusia tak akan terlepas dari melakukan kesalahan sama ada kita sedar ataupun tidak. Maka, kalau kita rasa amal kita dah cukup, kita akan kurang merasai untuk memperbagus dan memperhebatkan kualiti amalan kita ataupun meningkatkan kuantiti amalan kita. Tak ada fuel untuk membuatkan kita mara ke depan. Malah yang menjadikannya lebih syahdu ialah kita menjadi makin malas untuk melakukan apa yang kita dah biasa lakukan.

Saya pun dulu jenis yang tak mudah berpuas hati dengan result exam. Tiap-tiap kali lepas exam, akan rasa yang kena tingkatkan lagi usaha, jadi lebih rajin. Tapi ade orang sekeliling cakap, "Weh, syukur la. Orang lain dapat lagi teruk dari kau." Erm... Kalau kita selama-lamanya tengok orang yang markahnya lagi rendah, sampai bila kita nak berada pada tahap tu je? Ada beza tau antara bersyukur dengan tak mudah berpuas hati dengan pencapaian kita. Cuba bezakan. Lagipun, mungkin kelebihan orang tu kat tempat lain. Bukan pada subjek tu. Kalau kita dah memang minat pada subjek tu, kita patutnya ada rasa nak belajar lagi dan lagi sampai dapat kuasai sepenuhnya subjek tu.

Kita sepatutnya menanamkan dalam diri kita supaya melakukan yang terbaik dalam setiap apa yang kita lakukan dan tak mudah berpuas hati dengan pencapaian kita. Oh, sini ada satu status facebook yang saya baru terbaca satu hari tu ; Kalau kita dah rasa badan kita cukup tough, mesti kita tak ada drive untuk buat fitness banyak-banyak dah kan. Macam tu jugak iman dan amal. Kalau kita rasa ianya dah cukup, dah tentu kita tak bersemangat untuk meningkatkan iman dan amal kita.

Lebih kurang macam tu la statusnya berbunyi. Tapi ade logiknya di situ. Sebab manusia akan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dia sasarkan. Tapi apabila dia sudah berpuas hati dengan pencapaiannya, dia akan berhenti untuk maju ke hadapan. Cuba kita jadi macam orang bisnes yang sentiasa memikirkan cara untuk memperbanyakkan harta mereka. Cuma yang bezanya, kita sentiasa memikirkan cara untuk memperbanyakkan amalan. Jangan pernah rasa amal kita cukup.

Lihat sendiri amalan Rasulullah. Betapa baginda sibuk menguruskan negara, mengerat silaturrahim, melayan keluarga, dan macam-macam lagi, tapi baginda tetap orang yang paling banyak amalan kebaikannya dalam kalangan masyarakat. Adakah kita masih mahu berpuas hati dengan amalan yang tak seberapa? Dan mengharapkan untuk masuk syurga selamanya? Ketahuilah yang harga syurga itu mahal. Sebab itu jalan menujunya payah. Ingat orang yang ada rumah besar senang-senang ke cari duit nak beli semua tu? Semua tu lahir dari usaha yang gigih. Mungkin juga beserta air mata dan darah.

Hmm... Post ni ditulis waktu tengah period emosi tak stabil. Kalau tak memberi impak tu harap maaf. Diri ini sangat serba kekurangan. Terasa sangat kerdil di hadapanNya. Dengan amalan tak seberapa dan banyak pula dosanya, masih diberi peluang untuk merasakan nikmatNya yang tak terhitung.

Jadi, ayuhlah kita keluar dari "comfort zone" ni. Let's strive our way towards Jannah, insyaAllah!

Ini bukan kerja gila.

1 comment:

  1. menarik2..terasa syahdu di situ mengenangkan amal yg xseberapa nie n diri yg byk dgn dosa..

    ReplyDelete