IBKG
Rumah Tentang IBKG

Jul 2, 2012

Citer Bro Ei dan Bro Bi #1



Bro Ei baru sahaja dapat kerja semalam dan begitu bersemangat untuk mulakan harinya.

Bro Ei berjalan menuju ke tempat kerjanya dan terserempak dengan Bro Bi.

Bro Ei fikir yang jika dia hendak menjadikan harinya ceria, dia akan senyum kepada setiap orang yang dia terserempak dengannya.

Bro Ei pun tanpa segan silu mencurahkan senyumannya pada Bro Bi.

Bro Bi membalas dengan muka pelik melihat gelagat Bro Ei. Fikirnya, "Sawan ke budak ni?"

Bro Ei masih cuba menguatkan senyumannya walaupun dibalas dengan muka masam dan berlalu pergi meninggalkan Bro Bi dengan perasaan sedikit hampa dalam hatinya, "Kenapa masam je? Senyumlah balik. Tak mati pun kalau senyum." Perasaan semangatnya menjadi pudar sedikit.

Bro Bi juga meneruskan perjalanannya. Hampir 10 langkah selepas bertembung dengan Bro Ei, dia terhenti. Dengan wajah sedikit kesal, dia cuba melirik senyumannya sedikit demi sedikit. Perlahan-lahan dia menoleh semula ke arah Bro Ei.

Bro Bi menjadi tenang. Melangkah pergi.


Di tempat kerja...

Bro Bi ke tingkat tiga bahagian tempat kerjanya yang menyediakan minuman tin. Dia sangat dahaga.

Bro Bi duduk di kerusi sofa yang disediakan berhampiran vendor machine untuk minuman tin itu. Tiba-tiba ternampak satu wajah yang baru sahaja dilihatnya pagi tadi.

Bro Ei perasan kehadiran Bro Bi dan cuba mengalihkan wajahnya kepada vendor machine dengan rasa kurang selesa. Bro Bi hanya tersengih melihat gelagatnya. Dia cuba memulakan perbualan.

"Bro, kau kerja sini ke?"

"Ye bro. Baru hari ni."

"Aku nak tengok balik senyuman pagi tadi. Boleh?"

Bro Ei terkejut seketika kemudian mencurahkan senyuman dengan mata yang bersinar-sinar.

Bro Bi pun tanpa fikir tiga kali, terus mendakap Bro Ei, "Thanks bro. You've enlighten my day! Masalah aku rasa macam hilang bila tengok senyuman kau. Senyum sokmo eh."


Senyumlah. Kita takkan tahu bagaimana sebuah senyuman tu mampu mengubah dunia ni. =D
Biarlah orang tak senyum balik, tapi siapa tahu kan, dua tiga jam lepas tu mungkin dia tiba-tiba tersenyum sebab mengenangkan senyuman kita.
Akhir kata, fikirkanlah perkara yang terbaik yang boleh jadi atas setiap yang berlaku. Barulah hidup kita sentiasa ceria. Ye tak?

Tak susah pun nak senyum. kan? kan? *urgh* [Gambar]
P.S. : Ni cubaan pertama untuk berkarya. Ya. Cubaan yang gila.


3 comments: