Jul 20, 2012

Berita Gembira Bagi Mereka Yang Ingin Menyucikan Jiwa




Berita baik dah datang. [Gambar]

Yeahoo!!! Alhamdulillah! Allahuakbar!

Ramadhan datang lagi. Ini memang mengundang histeria dalam kalangan mereka yang begitu merindui bulan yang penuh barakah ini. Tiba-tiba banyak jiwa akan ketagih untuk melakukan kebaikan. Jadi, berhati-hati lah dengan keadaan ini kerana anda juga mesti akan ketagih. Mesti!

Sungguh, ini adalah berita yang sangat menggembirakan bagi mereka yang ingin memperbaiki diri serta menyucikan jiwa. Pasti anda tahu berita tentang apa. Eheh. Apa? Raya? Ohh... Jawapan yang hampir tidak tepat.

Berita bahawa syaiton-syaiton telahpun dibelenggu dan tidak dapat bergerak bebas di angkasa raya mengundang 1001 kebahagiaan kepada banyak umat manusia. Mana taknya, dengan ketiadaan mereka-mereka yang direjam itu, manusia lebih mudah untuk membentuk diri mereka ke arah yang lebih baik.

Kalau tak, sebelum ni, nak buat apa-apa benda yang cool atau meninggalkan benda yang tak cool, begitu banyak soksek soksek yang akan bersiaran di minda separa sedar mereka, semuanya menjerumus ke arah yang tak cool. Jadi, setelah dirantaikan syaiton-syaiton itu, maka terlompat kerianganlah mereka-mereka yang selama ini bergelut dengan diri mereka semata-mata untuk manfaat pelaburan akhirat mereka.

Ohh... Bukan itu saja. Tidakkah mereka mendengar berita bahawa pintu syurga itu terbuka seluas-luasnya dan pintu neraka itu tertutup tertutup-tutupnya (eh, apa ni?). Ini bermakna rahmat Allah itu sangat luas pada bulan ini. Tidakkah itu memberi motivasi kepada manusia untuk berkejar-kejaran dan bersesak-sesakan melakukan kebaikan? Oh, ini sangat mengujakan!

Tak lupa juga yang amalan-amalan pada bulan ni akan digandakan pahalanya, dan akan berganda-ganda lagi mengikut keikhlasan seorang manusia itu. Ada bataskah pada rahmat Allah? Memang tak dapat dibayangkan kegilaan mukminin yang mendengar berita ini. Bagaikan ingin menyebarkan virus kebahagiaan ke mana-mana sahaja mereka pergi.

Dan macam-macam lagi berita gembira yang boleh dikongsikan bersama-sama demi kemaslahatan umat manusia. Padahal berita yang sedikit kat atas ni pun dah mampu mengundang seribu makna kebahagiaan kepada jiwa-jiwa yang faham akan kenikmatan bulan Ramadhan ini. Ini pesan dari media; tingkatkan ibadah, kurangkan juadah, dan banyakkan bersedekah.

Moga Ramadhan kali ini mengundang sejuta makna, memberikan impak dan hasil yang jitu kepada diri kita seluruhnya. InsyaAllah.

Ini memang berita gembira.


No comments:

Post a Comment