Apr 20, 2012

Supaya hati senang, jiwa tenang, perasaan riang!



Wah..! Agak lama dah tak update blog ni. Bukan sebab kemalasan yang melampaui batas. Bukan juga sebab nak jaga kucing yang nak beranak. Tapi, kebelakangan ni tiba-tiba assignment jadi tinggi menggunung sekelip mata. Jadi, sebagai pelajar yang cemerlang (eceh), kita kena tetapkan keutamaan dekat situ...

Assignment masih banyak, weekend ni pergi daurah, minggu depan study week, bulan depan ada exam. Insya-Allah, lepas tu blog ni akan digiatkan lebih lagi. Baru-baru ni ade la sorang member ni bagi peringatan.

"Kita dalam hidup ni kena tahu priority untuk buat sesuatu. Bila tersusun, baru senang kita nak lalu jalan hidup ni."
Setelkan dulu semua tu ye. [Gambar]

So, kat sini, nak saranlah kita yang tengah relakskan diri membaca blog. Kita dah selesaikan semua benda penting dalam hidup kita ke belum? Susu dekat adik dah bagi? Tahi kucing depan rumah dah bersihkan? Homework bertimbun dah diselesaikan? Dan macam-macam lagi list yang takkan habis kalau ditulis dalam entri ni.

Check balik, kita dah selesaikan hak semua orang atau belum? Kalau perlu buat segera, selesaikan la cepat-cepat. Bila dah setel semua, apa-apa kita nak buat, buatlah (asal tak langgar syariat sudeh...). Aku ada pergi kat satu blog ni dan respek gila gaban la dengan author dia. Bila bukak blog tu, ada keluar popup yang bertulis;

"Jangan teruskan bacaan selagi anda tidak menunaikan solat!"

Memang tabik la. Huhuhu... Jadi, marilah kita menyelesaikan hak-hak orang sekeliling kita sebelum kita nak buat hal sendiri. InsyaAllah, hati senang, jiwa tenang, perasaan riang!